Info Sukan


Penyerang Sepanyol, David Villa meraikan jaringan golnya ketika menentang Portugal dalam perlawanan peringkat kalah mati Piala DUnia 2010 di Stadium Green Point, Cape Town.
kredit : PAsports
CAPE TOWN, (Stadiumastro) – Penyerang berbisa Sepanyol, David Villa muncul wira buat pasukan Sepanyol apabila menjaringkan gol tunggal untuk memberi kemenangan 1-0 kepada Sepanyol di Stadium Green Point.
Dengan kemenangan ini, Sepanyol akan bertemu Paraguay yang berjaya menewaskan Jepun di dalam saingan 16 pasukan terakhir.
Selepas buntu untuk menjaringkan gol pada separuh masa, Villa akhirnya berjaya juga merobek benteng pertahanan Portugal yang agak liat pada minit 63 separuh masa kedua.
Sebelum itu, jurulatih Vicente Del Bosque terpaksa melakukan pertukaran dengan mengeluarkan bintang Liverpool, Fernando Torres pada minit 59 dek kerana ketumpulan di bahagian serangan.
Kemasukkan Fernando Llorente nyata membuahkan hasil kerana sejurus dia masuk corak permainan pasukan Sepanyol nyata berubah sama sekali.
Villa nyata menjadi kunci utama pada perlawanan antara Sepanyol dan Portugal kerana sejak daripada separuh masa pertama lagi benteng anak buah Carlos Queiroz berhadapan masalah untuk mengekang pemain lincah ini.

Followers